Kemahiran menggulung adalah skill yang memerlukan keberanian dan ketangkasan.
Selain itu juga, menggulung juga memerlukan lompatan yang tinggi kerana semasa menggulung, pemain perlu melayangkan badan di udara sambil melibaskan kaki.
Lompatan yang tinggi adalah supaya memberi masa kepada pemain untuk membuat libasan. Ukuran ketinggian yang sesuai ialah bahagian punggung atau pinggang pemain berada 1.6 m dari paras bumi. Gulungan yang baik dibuat dari arah belakang ke hadapan tetapi cara ini agak berbahaya kerana pemain perlukan kekuatan tangan untuk menyokong semasa mendarat. Risikonya ialah patah pergelangan tangan atau hentakan pada bahagian kepala. Saksikan video di bawah ini.
Bagi pemain yang baharu nak belajar. Belajar untuk buat gulungan sisi dahulu. Untuk mempelajari teknik ini, anda adalah dinasihatkan supaya membuat persediaan terlebih dahulu. Untuk mendapatkan lompatan yang tinggi, buat latihan skipping setiap hari sekurang-kurangnya 100 lompatan sehari, sebaik-baiknya 1000. Kemudian buat latihan berlari menaiki anak tangga sekurang-kurangnya 100 anak tangga sehari. Setelah anda bersedia, anda boleh mencuba teknik yang diajar dalam video di bawah.
Bermula dari lompatan yang rendah kepada gulungan yang tinggi. Secara berperingkat, anda mengubahnya mengikut pencapaian anda. Lakukan latihan ini di padang rumput yang lembut supaya mengurangkan kecederaan pada diri anda. Latihan yang telah anda jalani sebelum ini (skipping dan Menaiki anak tangga) akan membantu anda membuat lompatan yang tinggi dan memberikan libasan yang pantas dan tangkas. Selain itu juga, ia memberikan anda stamina kerana gulungan memerlukan stamina yang tinggi. Jika tidak, selepas 2-3 kali gulung, anda akan kepenatan.
Selain itu, tangan anda juga perlu cukup kuat untuk menyokong badan semasa mendarat. Untuk itu anda perlu membanyakkan latihan tekan tubi. Lakukan sekurang-kurangnya 50 kali sehari.
Semasa menggulung, kaki kiri (bagi yang bukan kidal) dilayangkan terlebih dahulu sebagai pemberat yang membantu anda melompat lebih tinggi. Kemudian kaki kanan dilibaskan dengan pantas dan tangkas. Libasan yang pantas akan membantu anda memusingkan badan dan mendarat dengan baik dan cermat.
Kesilapan yang sering berlaku ialah pemain tidak melompat tinggi semasa menggulung kerana memberi tumpuan kepada libasan kaki kanan. Sikap ini adalah tabiat yang sering dibuat oleh pemain yang baru belajar. Sekiranya lompatan tidak dibuat dengan betul, kaki anda akan melibas lantai. Risiko kepada kecederaan pada jari kaki dan lutut.
Bagi pemain profesional, semasa menggulung, mereka dapat merasai dan menghayati layangan tubuh di udara seolah-olah tergantung di udara tanpa graviti. Mereka sempat menoleh kepada bola dan ada yang sempat mengawal bola mengikut kehendaknya. Bola takraw boleh dilibas (REJAM) atau ditolak dengan tapak kasut (BOLA TAPAK) bergantung kepada situasi. Sekiranya kaki lawan (Blocking) hampir dengan bola, bola tapak adalah lebih sesuai. Sedikit sentuhan pada tapak kasut sambil menolak ke ruang yang mengelirukan lawan. Tetapi sekiranya ada ruang yang terbuka, rejam adalah lebih sesuai kerana rejaman yang tepat akan membuahkan hasil yang baik. Pemain boleh merejam boleh ke lantai atau ke badan pemain. Rejaman yang betul pada badan pemain akan membuatkan bola keluar dari kawasan gelanggang tetapi ada risikonya. Sekira blocking yang buat oleh lawan adalah tepat, bola akan masuk ke gelanggang kita.
Apapun, selamat mencuba. TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH.
p/s: Kalau tak boleh gulung, belajar2 la gulung net. kerana itu lebih selamat.
Lompatan saya tidak terlalu tinggi
ReplyDeleteGimana yg agar bisa smash gulung
Apa libasan saya harus dipercepat ?
Hari-hari mau skipping. Lagi banyak skipping, lagi cepat boleh gulung.
ReplyDeleteKalau mcm kaki pukul kita bengkok mcm mane ek?nk bgi straight.sya dh try kat pokok dh.bila kat pokok straight.bila atas court jdi bengkok
DeleteKlau kaki bengkok masa mlibas, mksudnya lompatan blum cukup tinggi. Cuba blaja naik lbih tnggi. Teknik libas yg betul lebih kepada mngapungkan badan diudara, bkan mlompat sahaja. Semasa kaki kita mlibas, kaki itu lbih kpada mrenjat bola, dengan pantas, slepas bola trkena kaki, bengkokkan kaki untuk mndarat. Kaki tidak prlu lurus ktika mndarat, lbih slamat mndarat dgn kaki bngkok. Skali lgi diingatkan, slepas kaki trkena bola, dgn pantas bngkokkan kaki untuk mndarat...gud luck
DeleteKlau kaki bengkok masa mlibas, mksudnya lompatan blum cukup tinggi. Cuba blaja naik lbih tnggi. Teknik libas yg betul lebih kepada mngapungkan badan diudara, bkan mlompat sahaja. Semasa kaki kita mlibas, kaki itu lbih kpada mrenjat bola, dengan pantas, slepas bola trkena kaki, bengkokkan kaki untuk mndarat. Kaki tidak prlu lurus ktika mndarat, lbih slamat mndarat dgn kaki bngkok. Skali lgi diingatkan, slepas kaki trkena bola, dgn pantas bngkokkan kaki untuk mndarat...gud luck
Deletemcm mane nk confident ye ? saya lipat separuh sbb kaki kiri jatuh dulu bukan kanan... mohon perjelasan ...
ReplyDeletekalau dah lompat tinggi tu rasa2 mcm dah boleh gulung....lipat gulung dekat atas rumput dulu gantung bola kat pakok...gantung bola tinggi2 nanti bila pukul bola. ...gulung sungguh2. ..pasti kan kanan yg jatuh dulu....nanti lama biasa lahhh
DeleteKalau maniam kena lompat tinggi juga ke
ReplyDeleteMENJUAL KASUT TAKRAW NANYANG DAN BREAKER...HUBUNGI 012-4047014 ATAU LAYARI BLOG...http://mzsepaktakrawshoes.blogspot.com/
ReplyDeleteberapa lame agaknye untuk seorang itu belajar teknik ini?
ReplyDeleteBergantung kpd individu itu sendiri.. kalau mcm saya x berani sangat.. saya libas daun dulu.. perbetulkan cara gulungan saya sehingga yakin dpt mengapungkan badan saya.. setelah tu, saya gantung bola buat gulungan diatas lantai.. then barulah saya buat diatas court setelah mendpt keyakinan.. time first dpt buat gulungan atas court, mmg rasa seronok yg tramat sgt hihi
ReplyDeleteNak tanya kalau tisu x koyak boley x buat gulung ni?
ReplyDeleteDoakan saya dapat buat gulung .
ReplyDeleteDoakan saya dapat buat gulung .
ReplyDeleteselain anak tangga kita boleh buat kt mane?
ReplyDeleteVery nice
ReplyDeleteKalau tisu x koyak boleh ker buat gulung ?
ReplyDeleteSebb bile saye gulung celah kangkang saye sakit
Bile gulung jer kaki kiri dulu jatuh bukan knan
Sama la dengan Saya bila nak gulung he sakit dekat celah kangkang
ReplyDelete