Halaman

Friday 22 February 2013

Video Kejohanan MSSPP 2013 Zon Nibong Tebal

Ini beberapa rakaman video yang sempat cikgu uploadkan di Youtube...

SMKJ (A) Vs SMK Sg. Acheh (A)


Thursday 21 February 2013

Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 2013

Pada 18 - 21 Feb 2013, Pasukan Sepak Takraw SMK Jawi telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSSPP 2013 Peringkat Zon Nibong Tebal bagi Kategori 15 TKB dan 18 TKB.

KEPUTUSAN KEJOHANAN
Kategori Berpasukan
15TKB
Johan - SMK Sg Acheh
Naib Johan - SMK Jawi

18TKB
Johan - SM Vokasional Nibong Tebal
Naib Johan - SMK Jawi

Kategori antara Regu
15TKB
Johan - SMK Sg Acheh
Naib Johan - SMK Jawi (B)
Ketiga - SMK Simpang Empat

18TKB
Johan - SMV Nibong Tebal (B)
Naib Johan - SMV NT (A)
Ketiga - SMK Jawi (A)

Petik di sini untuk lihat semua gambar yang lain



Friday 8 February 2013

Ketinggian Tiang

TIANG

1) Ketinggian tiang ialah 1.55 m (1.45 m untuk wanita) di ukur dari permukaan gelanggang dan ianya hendaklah teguh dan kukuh untuk regangan jaring. Jejarinya tidak melebihi 0.04 m.

2) Kedudukan tiang-tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan tengah gelanggang.


 LELAKI = 1.55 m
WANITA = 1.45 m

Ukuran Gelanggang Sepak Takraw

GELANGGANG

1) Luas gelanggang adalah 13.4 m x 6.1 m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai gelanggang. ( Gelanggang pasir atau rumput tidak dibenarkan )

2) Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m di ukur ke dalam dari penjuru ukuran gelanggang. Garisan sempadan gelanggang hendaklah di ukur 3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.

3) Garisan Tengah
Garisan tengah selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang kepada dua bahagian yang sama besar.

4) Garisan Suku Bulatan
Garisan suku bulatan hendaklah digaris dari garisan tepi ke garisan tengah berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Garisan selebar 0.04 m ini hendaklah keluar dari tepi suku bulatan itu.

5) Bulatan Sepak Mula
Bulatan sepak mula berjejari 0.3 m hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang, 4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi. Garisan 0.04 m ini hendaklah diukur dan digaris hala keluar dan jejarinya 0.3 m.

Klik pada gambar untuk besarkan

Saturday 2 February 2013

SEPAK MULA : TEKONG KUDA

Selain daripada killer (apit kanan), Tekong juga berperanan mencari mata dalam perlawanan. Kemahiran sepak mula (service) atau tekong perlu dipelajari dan dipraktikkan mengikut kemahiran masing-masing. Tekong yang paling popular dan berkesan adalah Tekong Kuda. Saksikan video di bawah ini bagaimana tekong kuda mampu membuatkan lawan terkaku. Selamat menonton.










Tuesday 29 January 2013

JOM BELAJAR SKILL DALAM TAKRAW

GULUNG ( Skill yang paling dahsyat dalam takraw)


Kemahiran menggulung adalah skill yang memerlukan keberanian dan ketangkasan.
Selain itu juga, menggulung juga memerlukan lompatan yang tinggi kerana semasa menggulung, pemain perlu melayangkan badan di udara sambil melibaskan kaki.


Baju Jersi 15 TKB

Nike Total 90 Design Y